Anugerah berprestij TikTok Awards Malaysia 2024 yang bersiaran secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) menyaksikan Che Sayang Kitchen telah dinobatkan sebagai Creator Of The Year.
Selain Chesayang berikut adalah senarai penuh para pemenang bagi kategori Pilihan Juri (Judge Pick), Pilihan Popular (People’s Choice) dan anugerah Changemaker Of The Year.
Artikel Berkaitan: 12 Kategori Dipertaruhkan Di TikTok Awards Malaysia 2024, Siapakah Bakal Merangkul Gelaran Creator Of The Year?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Kata Saya Tak Ada ‘Haters’, Tipulah’ – Khairul Aming Minta Ibu Bapa Pantau Anak-Anak
Pilihan Juri (Judge Pick)
Bagi kategori ini, para calon dipilih berdasarkan kriteria khas dan dinilai oleh panel eksekutif yang terdiri daripada Khairul Aming, pengurus besar TikTok untuk operasi kandungan Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra dan ketua pegawai eksekutif Rangkaian TV Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof.
Beauty & Fashion Creator Of The Year: AishahRahim
Education Creator Of The Year: Aminxabid
Food Creator Of The Year: Tang_guo12
Gaming Creator Of The Year: Kingshahx
Sports Creator Of The Year: Amaranas_
Animation Creator Of The Year: Yimotapir
Entertainment Creator Of The Year: Kanafly
Pilihan Popular (People’s Choice)
Untuk anugerah Pilihan Popular (People’s Choice) pula ia terdiri daripada 5 kategori iaitu Creator of the Year, Celebrity of the Year, Video of the Year, TikTok LIVE Creator of the Year dan juga TikTok Shop Creator of the Year.
Celebrity Of The Year: Bella Astillah
Video Of The Year: Agy
TikTok Live Creator Of The Year: Acap19
TikTok Shop Creator Of The Year: Yang
Changemaker Of The Year
TikTok Awards pada tahun ini sangat istimewa dengan memperkenalkan anugerah Changemaker of The Year, yang telah diberikan kepada LoKohoPunoh (LKP) Group dan Brader Wheelchair.
Dua anugerah ini diberikan buat mereka kerana menghasilkan konten positif dan memberi inspirasi kepada pengguna TikTok.
LoKohoPunoh (LKP) Group
Kumpulan ini ditubuhkan oleh Uzair Emir yang menumpukan konten mereka kepada kerja-kerja pembersihan di kebanyakan pantai di Terengganu.
Brader Wheelchair
Brader Wheelchair atau nama sebenarnya Nur Izhar Idham adalah seorang individu yang menghasilkan kandungan TikTok menerusi kesedaran terhadap pengguna kerusi roda terutama bagi komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU).
Malam gemilang TikTok Awards direalisasikan melalui gandingan hebat Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai hos utama.
Pencipta konten TikTok, Ceddy Ang dan Ain Edruce menjadi pengacara di karpet merah manakala pencipta kandungan kategori Kecantikan dan Fesyen pada tahun lalu, iaitu Eima Safuan pula dipertanggungjawabkan sebagai pengacara belakang pentas bersama pelakon, Daniel Fong.
Selain itu, persembahan memukau daripada Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, dan ramai lagi telah memikat dan menghiburkan penonton sepanjang malam.
TikTok Awards Malaysia 2024, ditayang secara eksklusif di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam atau secara langsung melalui Tonton.
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).
TikTok Awards sudah pun melabuhkan tirai untuk tahun ini dan kami di OhBulan! ingin mengucapkan tahniah buat semua pemenang dan semua calon-calon.