berita

China Keluar Amaran Virus Bahaya Di Kazakhstan, Catat Kematian Lebih Tinggi

July 10th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Tahun 2020 menjadi tahun bersejarah buat dunia dengan kehadiran wabak Covid-19 yang membunuh ratusan ribu orang. Terbaru, amaran baru dikeluarkan oleh Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengenai jangkitan baru ‘pneumonia tidak dikenali’ dan dikatakan lebih berbahaya daripada covid.

Catat kematian lebih tinggi

Angka kematian pneumonia dicatat lebih tinggi berbanding coronavirus selepas negara bekas republik Soviet itu mencatat peningkatan kes sejak Jun.

Menurut kedutaan lagi, jabatan kesihatan negara itu sedang melakukan kajian mengenai virus tersebut. Antara wilayah yang mencatat rekod peningkatan yang ketara ialah Atyraum Aktobe dan bandar Shymkent.

Ketiga lokasi tersebut difahamkan mencatat hampir 500 kes radang paru-paru dan lebih 30 pesakit dalam keadaan kritikal.

628 kes pada bulan Jun

Bagaimanapun, Kazakhstan mencatat angka tinggi menyaksikan 1,772 kematian pada pertengahan pertama tahun ini dan kes yang melibatkan beberapa warga China sebanyak 628 kes.

Berdasarkan berita Kazinform, saban hari hospital menerima 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dan sebanyak 1,700 kes dikesan seluruh negara pada Jun dan terus mencatat dua kali ganda peningkatan berbanding tahun lepas.

Sumber : Astro Awani

SKIP THIS AD ×