Pelawak, Chot XOXO memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan kontroversi yang membabitkan perkahwinannya dengan isteri, Zurina Badron.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Bekas Isteri Ucap Tahniah Dekat Chot Raja Lawak, Dakwa Orang Ketiga Punca Bercerai – ‘Perkahwinan Atas Penderitaan Orang Lain’
Tak dapat nak mengulas lanjut
Menurut Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan, dia tidak dapat mengulas lanjut dalam situasi sekarang.
Buat masa sekarang, saya tak dapat nak mengulas lanjut atau keluarkan sebarang komen. Saya perlukan sedikit ruang dan waktu.
Terdahulu, bekas isteri Chot iaitu Siti Zafirul Azzah memberi peringatan agar bekas suaminya tidak lupa akan tanggungjawab untuk membayar nafkah kepada anak mereka.
Beribu-ribu tahniah Hazmeer dan Zurina Badron. Semoga bahagia di atas air mata orang lain. Perasaan anak, langsung tak hiraukan. Ada anak ‘instant’, jangan lupa jenguk anak bin sendiri. Selepas ini, nafkah anak jangan lupa pula.
Sementara itu, Zurina dilihat memuat naik hantaran di Instagram Story dan mengucapkan terima kasih kepada keluarganya atas kata-kata semangat yang diberikan.
Terima kasih mak, ibu dan ayah untuk doa, restu dan kata-kata semangat yang tak pernah putus buat kami. Semoga Allah memberkati ikatan ini hingga ke syurga. Amin. Saya sayang kamu, suami, Chot XOXO.
Sumber: Harian Metro