berita

Christina Perri Tulis Lagu Untuk Peminat?

November 18th, 2013 | by Ai
Hollywood

Christina Perri

“I can hold my breath, I can bite my tongue, I can stay awake few days, if that what you want to, be your number one,”

Lirik diatas adalah sedikit potongan dari lagu terbaru berjudul Human nyanyian Christina Perri. Meskipun lagu ini belum dikeluarkan, namun bait-bait liriknya mampu membuatkan anda feeling habis.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini Christina Perri dilihat telah berkongsi beberapa video yang menunjukkan dia sedang menulis sebahagian lirik lagu Human. 

Tujuan utama video tersebut dikongsikan adalah untuk memudahkan para peminatnya menyertai pertandingan yang baru sahaja dijalankan oleh penyanyi itu sempena mempromosikan single terbarunya yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan.

christina Perri

Tulisan lirik eksklusif daripada Christina Perri

Peminat hanya perlu mengikuti laman Instagram Christina Perri kemudian kongsikan kelima-lima video yang telah dimuatnaik oleh penyanyi tersebut melalui laman web rasminya di christinaperri.com dengan menggunakan hashtag #human.

Pemenang bertuah bakal menerima hadiah eksklusif berupa lirik lagu yang ditulis oleh penyanyi itu sendiri.

Untuk pengetahuan, penyanyi yang popular dengan lagu A Thousand Years ini bakal melancarkan single terbarunya pada 18 November.

Di sini OHBULAN! kongsikan video pertama yang dimuatnaik oleh penyanyi tersebut pada 13 November lalu :

SKIP THIS AD ×