Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri tumpuan ramai selepas berkongsi amaun wang belanja yang diterimanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B ‘Buka Mulut’ Selepas Dituduh Main Telefon Dalam Kelas – ‘Pensyarah Bagi Kami Kebenaran Untuk Cari Maklumat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Buat ‘House Tour’ Banglo Lima Bilik Cik B Di Sepanyol, Sewa RM5,000 Sehari – ‘Rumah Tu Nampak Menakutkan’
Cik B dapat duit shopping RM70k
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan perbualan di WhatsApp antara Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, bersama ibunya, Vida.
Cik B kemudian meminta kepada ibunya wang belanja untuk membeli-belah memandangkan dia kini sedang menyambung pelajaran di Sepanyol. Tidak lama selepas itu, Vida terus memindahkan wang berjumlah RM20,000 ke akaun anak perempuannya itu.
Cik B yang berniat mahu bergurau bertindak memberitahu ibunya bahawa wang tersebut tidak mencukupi dan apa yang mengejutkan, tanpa bertanya lebih, Vida sekali lagi memindahkan wang tetapi kali ini dengan jumlah yang berganda lebih banyak iaitu RM50,000.
Menurut Cik B, dia tidak memerlukan sosok seorang ayah kerana ibunya itu sudah cukup sempurna dan hebat untuk dirinya dan adik, Kacak.
Kenapa nak ada ayah kalau dah ada mama yang hebat. I love you mama. Terima kasih menjadi ibu yang terbaik dan terhebat. Sentiasa nak bahagiakan Cik B dan Kacak.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada warganet yang rata-ratanya ‘cemburu’ melihat kehidupan Cik B yang mewah selain dikurniakan seorang ibu yang sangat penyayang dan pemurah. Tidak kurang juga, ada yang sempat berseloroh mengatakan jumlah wang belanja yang diterima Cik B adalah lebih daripada gaji tahunan mereka.
Menyala miskin ku
Pergh RM20k, aku nak QR RM20 pun risau terlebih letak 0
Ya Allah RM70k, aku ada RM70 je sekarang
Duit belanja Cik B dan boleh beli Axia
Darah 440 aku menggelegak
Salah satu rahsia kenapa Datuk Vida sentiasa dimurahkan rezeki? Tidak pernah berkira dengan anak-anak sedikit pun
Mama lupa ke mama ada anak nama Cik C
Ini baru betul Old Money
‘Kenapa Cik B tak nak ada ayah?’
Sumber: TikTok Cik B