Usahawan dan pempengaruh media sosial, Cik Epal mendedahkan kisah perit di sebalik pergolakan rumah tangganya dengan Jofliam, di mana dia berusaha sehabis baik untuk memperbaiki hubungan mereka demi anak-anak.
Artikel Berkaitan: Cik Epal Gesa Dewi Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Tuntut Ganti Rugi RM 1 Juta
Artikel Berkaitan: ‘Cik Epal Hancurkan Masjid Saya Dahulu..Kerana Fitnah-Fitnahnya’ – Dewi
Cik Epal pernah minta maaf
Menerusi hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud mengakui pernah merendahkan egonya dengan meminta maaf setiap hari hanya untuk mengelakkan daripada timbulnya masalah yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga bersama bekas suami, Jofliam.
Jangan cakap fasal ego. Aku buang jauh ego aku. Salah aku atau tidak, hari-hari aku minta maaf. Aku cuba perbaiki hubungan sebab aku tak nak Han dan Yuki ada broken home.
Waktu ni aku dah bercerai tapi jawapan duda aku hanyalah ‘dah terlambat’.
Selain itu, Cik Epal turut mengakui hatinya semakin hancur selepas insiden yang berlaku di Milan melibatkan Jofliam dan Dewi.
Cik Epal akui kejadian tersebut telah memberi tamparan hebat sehingga menutup hatinya untuk kembali dan memperbaiki hubungan bersama Jofliam.
Ok. Aku dah usaha untuk rujuk pada mulanya cuma dengan kes Milan, buat hati aku hancur dan terus tertutup untuk duda aku. Aku rasa Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Instagram Cik Epal