berita

Cik Sofie Louise Johansson Pilihan Hati Tengku Mahkota Kelantan

April 6th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati Cik Sofie Louise Johansson, seorang warga negara Sweden.

Menurut Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal mengumumkan majlis perkahwinan diraja itu bakal dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 19 April ini.

Kenalan rapat Baginda

Menurut Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan lagi, pasangan baginda adalah kenalan lama sewaktu Baginda belajar di luar negara dan majlis tersebut diadakan secara sederhana hanya dengan menjemput kerabat terdekat serta kenalan Baginda sahaja.

Sukacita saya dengan hormatnya menjunjung titah perintah Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan akan melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2018 di Istana Balai Besar.

Majlis akad nikah akan diadakan pada hari sama selepas solat Isyak sebelum disusuli dengan istiadat perkahwinan.

Semoga dipermudahkan dan dirahmati

Yang Teramat Mulia juga bertitah agar cenderamata sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan kebajikan Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang Tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah

Baginda berharap agar sekalian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak dipermudahkan dan dirahmati Allah sehingga jannah.

Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamed dijangka akan menyempurnakan majlis akad nikah pada malam 19 April nanti.

Ringkasan mengenai Tengku Mahkota Kelantan

Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dilahirkan pada 20 Jun 1974 dan kini Baginda berusia 45 tahun. Baginda merupakan anak kedua dari empat adik-beradik Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan pasangan Raja Perempuan Tengku Anis.

Baginda dilahirkan di Istana Kota Lama, Kota Bharu Kelantan dan mendapat pendidikan awal di SK Sultan Ismail (1), Kota Bharu Kelantan. Kini, Baginda telah memegang PhD MA Ancient History di University College London, United Kingdom.

Cik Sofie Louise Johansson pula berusia 33 seorang warga Sweden dan merupakan kenalan rapat kepada Tengku Mahkota Kelantan semasa pengajian mereka di sana.

Sumber: BH Online

SKIP THIS AD ×