Gambar sekadar hiasan
Seorang pelajar berdepan dengan detik hitam dalam hidupnya apabila dipercayai menjadi mangsa rogol seorang lelaki di sekolahnya yang terletak di daerah Saharsa, India selama dua tahun.
Artikel Berkaitan: Guru Tuisyen ‘Ratah’ Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
Guru turut bersubahat
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan The Siasat Daily, mangsa yang hadir dari kalangan golongan minoriti telah dirogol oleh seorang lelaki bernama Samrat Vishwas yang merupakan anak kepada pengarah sekolahnya.
Lebih menggeramkan ialah, pelajar tersebut memaklumkan bahawa seorang guru wanita di sekolah tersebut juga bersubahat dengan cara menemani suspek ketika melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Difahamkan, guru tersebut membawa mangsa ke sebuah bilik sebelum mengurungnya sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
Sementara itu, pihak polis melaporkan bahawa mangsa sebelum ini tidak berani untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak mereka kerana berasa takut dan malu dengan kejadian yang menimpanya.
Mangsa juga memaklumkan bahawa dirinya takut sekiranya suspek bakal mengulangi perbuatan terkutuk itu terhadapnya.
Namun, selepas hampir dua tahun menderita diperlakukan sebegitu, mangsa mengambil keputusan untuk berhenti ke sekolah sehinggakan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan ahli keluarganya.
Suspek kemudiannya bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada ahli keluarganya selepas mengalami kemurungan, trauma dan serangan panik.
Kini, pihak polis Saharsa mengesahkan mereka sudah pun menahan suspek dan bakal melakukan siasatan berhubung dengan kejadian tersebut.
Sumber: The Siasat Daily