berita

Termenung Ke Luar Tingkap, Pelajar Dibelasah 4 Guru Hingga Trauma Ke Sekolah

September 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

belasah guru

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara melihat ke luar tingkap semasa waktu kelas, seorang pelajar dibelasah teruk oleh empat orang gurunya.

Artikel Berkaitan: Kakak ‘Viral’ Video Adik Dibelasah Sekumpulan Remaja Lelaki – ‘Pukul Adik Aku Sampai Macam Tu, Paling Hebat Lah?’

Artikel Berkaitan: Ditumbuk & Dibuli, Ibu Buat Laporan Polis Setahun Anak Dibuli Sebab Tak Pandai Cakap ‘English’

Dipukul & diugut

Remaja Dibelasah

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan India Today, kejadian yang berlaku di Delhi, India itu menyaksikan mangsa merupakan pelajar berusia 16 tahun mendakwa telah dipukul di sekolahnya.

Berdasarkan keterangan ibu remaja itu, anaknya telah memohon maaf sambil menangis namun tidak diendahkan malah dihalau keluar dari kelas.

Dia kemudian dibawa ke bilik berasingan dan dibelasah sekali lagi oleh tiga orang guru lain serta diugut jika mengadu tentang insiden tersebut.

Selepas remaja itu pulang ke rumah, dia mendedahkan perkara sebenar kepada ahli keluarganya dan enggan ke sekolah kerana takut.

Susulan itu, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pengetua sekolah terbabit manakala empat guru yang terlibat telah disiasat oleh pihak polis.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×