berita

Kerap Ponteng Kelas Sebab Tolong Ayah Jual Nasi Goreng, Pelajar Tikam Guru Kerana Dilarang Duduki Peperiksaan

September 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

tikam cikgu

Gambar sekadar hiasan

Polis berjaya menahan seorang remaja lelaki atas dakwaan menikam gurunya kerana dilarang mengambil peperiksaan.

Artikel Berkaitan: Berang Dapat Markah Exam Teruk, Murid Siap Tanya Khabar Sebelum Tetak Guru Guna Sabit

Artikel Berkaitan: Curiga Murid Pakai Jaket Dalam Kelas, Rupanya Penuh Kesan Cedera & Lebam Didera Bapa

Ponteng & tak hantar tugasan

tikam cikgu

Foto: Tribun News

Memetik laporan Tribun News, kejadian yang berlaku di Demak di Jawa Tengah, Indonesia itu menyaksikan suspek tiba-tiba masuk ke kelas lalu menikam gurunya di bahagian leher dan di lengan kiri menggunakan sabit.

Difahamkan suspek kecewa dan berang kerana tidak dapat menduduki peperiksaan pertengahan semester.

Larangan itu berikutan dia sering ponteng kelas dan gagal menghantar tugasan yang diberikan.

Susulan itu, pelajar berusia 17 tahun tersebut telah ditangkap di sebuah rumah kosong selepas melarikan diri pada Isnin.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Damak, AKP Winardi, suspek mengaku salah terhadap tindakannya. Suspek juga dilaporkan waras dan tidak berada di bawah pengaruh dadah atau arak.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang yang pendiam dan kerap ponteng sekolah kerana menjual nasi goreng pada setiap malam untuk membantu meringankan beban keluarga.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×