berita

‘Cikgu Penyelamat Saya’- 3 Kisah Benar Tentang Kerjaya Guru Yang Menjadi Inspirasi!

March 3rd, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Guru diumpamakan seperti pelita yang menyuluh kehidupan. Mereka ibarat ibu bapa kedua yang menjadi pembimbing dan pendidik apabila di sekolah. Tapi kebelakangan ni, terdapat banyak kisah di mana segelintir ibu bapa yang mula melampaui batas dengan mengasari guru-guru hanya kerana tidak berpuas hati dengan layanan guru terhadap anak mereka tanpa mendapatkan penjelasan sebenar.

Namun disebalik semua ini rupanya masih terdapat kisah-kisah yang tak didendang mengenai pengorbanan guru yang boleh kita jadikan inspirasi.

Saya puas saksikan anak yang dilabel tiada harapan berjaya di menara gading- Cikgu Farez

Kisah Cikgu Farez mungkin tampak seperti siri televisyen yang popular satu ketika dahulu yang bertajuk Great Teacher Onizuka, yang berusaha memastikan anak muridnya mendapat pendidikan penuh tetapi berhadapan dengan pelbagai halangan.

Tanggungjawab guru kini lebih mencabar apabila perlu berdepan dengan remaja yang semakin ganas dan ibu bapa yang sentiasa mencari kesalahan guru. Kunci utama yang perlu ada ialah kesabaranyang sangat tinggi. Guru tak semestinya memukul pelajar secara fizikal untuk mengubah mereka, sebaliknya kita boleh “pukul” hati mereka untuk menjentik kesedaran dalam diri
mereka.

Cikgu Farez atau nama sebenarnya Mohd Farez bin Atan, mengajar di SMK Bandar Baru Sentul, telah berada dalam bidang perguruan selama 10 tahun. Kerjayanya sebagai guru berdepan bahaya apabila beliau telah dipukul oleh sekumpulan gangster kerana ingin melindungi anak muridnya.

Walaupun mengakui agak trauma dengan kejadian tu, namun beliau berjaya bangkit dan lebih bersedia berdepan dengan masalah anak-anak yang keciciran sekolah akibat terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan gangterism.

Sepanjang bergelar guru, kejadian paling menjentik hatinya ialah apabila dia mendapat panggilan di malam hari dari pusat transit gelandangan apabila 2 orang pelajarnya yang kehilangan tempat tinggal kerana pusat berkenaan tidak menerima kanak-kanak.

Pengalamannya ini membuatkan beliau bersyukur dengan segala yang Allah berikan dan berazam untuk membantu anak-anak kotaraya ini yang hidup penuh cabaran untuk berjaya.

Anggap pelajar macam kawan-kawan- Cikgu Wong

Cikgu Wong atau nama sebenar beliau Wong Lieat Hiong, merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang ketika ini berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat Kelantan. Sudah berkhidmat selama 22 tahun dalam dunia pendidikan,

Apa yang membuatkan Cikgu Wong berbeza ialah melalui kisah beliau yang sanggup menerima dan menjaga seorang anak murid yang berlainan bangsa dengannya tanpa sebarang diskriminasi. Walaupun tindakan beliau menjadi persoalan kepada guru-guru lain yang melemparkan soalan yang agak sensitif, beliau tidak langsung berkecil hati.

Bukan hanya mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah, Cikgu Wong turut aktif sebagai guru pembimbing bola jaring di sekolahnya. Walaupun kadang-kala terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana perlu mengiringi pasukan bola jaring bertanding di luar kawasan, beliau puas apabila dapat melihat senyuman kegembiran pasukannya apabila mereka memenangi sesuatu pertandingan.

Pelajar sekarang tahu hak mereka sebagai seorang pelajar, bagi saya kita perlu menghormati hak itu. Tapi kita kena bagi guideline kepada mereka tentang apa yang mereka perlu lakukan. Gunakan soft approach tetapi perlu tegas dan tunaikan janji.

Bangkit daripada kegagalan untuk memberi inspirasi kepada yang lain- Cikgu Soonufat

Jadi pendengar yang setia pelajar untuk suarakan isi hati setiap hari. Mereka layak megetahui ada seseorang yang sentiasa bersama berjuang dan menyokong mereka.

Sr Soon (paling kiri)

Baru berusia 30 tahun, guru kacukan Cina, India dan Thailand Soonufat Supraniam atau lebih dikenali sebagai Sir Soon yang berkhidmat di SMK Lubok Buntar, Serdang, Kedah sebagai guru Bahasa Inggeris mempunyai pandangan dan inpirasi jauh dalam bidang pendidikan.

Beliau percaya tidak kira dari mana pun latar belakang seseorang pelajar itu, mereka semua berhak mendapat peluang yang sama untuk berjaya. Tidak patut wujud sebarang jurang antara pelajar dan pengajar, semua orang berhak mendapat pendidikan, peluang, pendedahan, nilai, hak dan keadilan yang sama. 

Projek Find Your Light

Projek Find Your Light

Selain itu, Sir Soon juga berpendapat dunia dan sistem pendidikan memerlukan perubahan bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang kreatif dan mampu mengekperimentasikan diri mereka.

Beliau juga sememangnya guru yang mempunyai semangat luar biasa apabila berusaha mewujudkan platform untuk pelajar membina keberanian dan keyakinan dalam diri mereka melalui projek Find Your Light.

Sir Soon juga sanggup mengeluarkan wang daripada poket sendiri bagi membiayai pelajarnya menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa apabila timbul masalah dana daripada pihak penganjur.

Sentiasa ada pihak yang tidak percaya cikgu berlainan bangsa sanggup melakukan apa saja untuk pelajar Melayu. Mereka selalu menganggap semua perkara ada agenda tersembunyi.

Cikgu korang luar biasa? Calonkan mereka untuk Anugerah Guru Inspirasi daripada McDonald’s!

Bagi menghargai jasa guru McDonald’s kembali buat kali keempat dengan Anugerah Guru Inspirasi bagi menghargai jasa para guru yang menjalankan tugas melebihi tugas hakiki demi mendidik pelajar dan memberi inspirasi supaya mereka menjadi lebih baik.

Korang boleh berkongsi cerita inspirasi mengenai cikgu korang dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina di laman sesawang McDonald’s Anugerah Guru Inspirasi.

Korang rasa jasa dan pengorbanan cikgu korang layak mendapat anugerah? Apa tunggu lagi, kongsikan bersama McDonald’s bagaimana cikgu korang menjadi inspirasi kepada korang sebelum 30 Mac 2020. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi McDonald’s atau klik terus kat sini.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×