berita

Cinta Adalah Memberi Sebahagian Dari Diri Kita – Kisah Rumah Tangga Bahagia..Wajib Baca!

August 4th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

khalid1.1

Perkahwinan adalah suatu perkongsian. Segalanya kita kongsi bersama dengan pasangan kita. Segala susah senang kita pasti nak lalui bersama. Kebanyakan kes penceraian sekarang terjadi sebab takde rasa kesefahaman, tak macam orang dulu-dulu. Kenapa pasangan dahulu bahagia walaupun hidup tak mewah mana, sedangkan pasangan sekarang ada segala harta, tapi bercakaran macam orang gila?

Hatta Nabi pun minum di gelas yang sama dengan isterinya. Siap minum kat kesan mulut isteri tau. Inilah namanya romantik! Kami share dengan korang cerita brader Arab ni. Berapa ramai antara kita yang dah berkahwin, makan di pinggan yang sama dengan isteri, minum di gelas yang sama? Berkongsi segalanya bersama? Jom baca!

Segalanya jadi ‘dua’

khalid5.1

Saya fikir kesilapan terbesar yang dibuat selepas berkahwin adalah segalanya menjadi ‘dua’. Memiliki dua kereta untuk bersiar-siar di bandar, memesan dua pinggan apabila keluar makan bersama isteri, atau membeli dua jenis yang sama untuk setiap barangan supaya kami berdua gembira.

Tahu apa yang masing-masing nak

khalid6

Suatu hari dalam sebuah majlis, saya mendengar kisah hebat dari sepasang suami isteri Arab yang sudah tua. Mereka hanya berkongsi makan di satu pinggan yang sama. Kata mereka, ianya mengeratkan lagi perhubungan. Si suami akan memotong daging seperti kemahuan isterinya, dan si isteri tahu banyak mana yogurt yang suaminya mahu di dalam nasi. Mereka tak perlu bertanya atau berkata apapun kerana kedua-duanya tahu apa yang masing-masing mahukan. Sangat bahagia!

Mengajar kami nilai berkongsi

khalid2

Setelah mendengar kisah itu, saya dan isteri selalu makan di pinggan yang sama dan berkongsi minuman. Perkara ini mengajar kami nilai berkongsi dalam hubungan dan bagaimana ianya mengeratkan dua jiwa bersama. Bila kita berkongsi, kita belajar mengenai pasangan kita mengenai perkara yang disukai atau sebaliknya. Bila kita berkongsi, kita akan sentiasa memikirkan pasangan sebagaimana juga diri kita. Itulah namanya cinta.

Cinta adalah ‘memberi’

khalid3

Cinta adalah memberi sebahagian dari hidup kita kepada pasangan. Cinta adalah selalu memikirkan perasaan pasangan kita apabila membuat keputusan, membuat persetujuan bersama dalam sesuatu hal yang boleh menggembirakan kedua-duanya. Kita pasti akan buat semua ini apabila kita berkongsi tentang siapa kita, apa yang kita mahu, dan apa yang kita makan pun dengan seseorang yang kita mahu hidup bersama hingga akhir hayat.

Sumber: FB Khalid Al-Ameri

SKIP THIS AD ×