berita

Cinta Ditolak? Asyik Kena Friendzone? Janganlah Sedih, Ini 5 Tips Kekal Ceria & Positif

March 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bila kena reject atau friendzone selepas meluahkan perasaan kepada seseorang pasti akan merasa kecewa dan putus harapan. Bagaikan hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Ada yang tidak boleh terima hakikat sehingga bertindak mencederakan diri sendiri. Rileks lah, kata orang kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.

Janganlah kecewa sangat! Jadi, sebelum jadi lebih memudarat kepada diri, apa kata korang ikuti tips ini untuk kekal ceria walaupun perasaan cinta anda kena tolak. Aduh sakitnya disini..

Banyakkan luang masa bersama rakan

Bagi mengelakkan diri anda asyik fikir dengan masalah cinta yang tidak kesampaian itu, ambil kesempatan ini untuk luangkan masa lebih bersama rakan-rakan. Contohnya, pergi melepak dengan kawan sambil membincang isu-isu yang menarik tanpa sama sekali menyelitkan tentang kisah cinta tidak kesampaian itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama rakan anda!

Banyak perkara yang korang boleh bincangkan contohnya mengenai kelab bola sepak Inggeris kegemaran korang, tentang situasi politik negara dan macam-macam lagi. Enjoy your life bro!

Jangan layan filem cinta + jiwang

Jika korang keseorangan di rumah dan tidak tahu hendak buat apa, boleh cuba untuk menonton TV dengan menyaksikan filem, drama atau rancangan yang menarik. Elakkan dari menonton cerita-cerita yang sedih atau cinta kerana dapat mengganggu emosi anda.

Ye la, time jiwa tengah koyak jangan pula layan movie atau lagu sedih. Apa kata korang buka TV atau laptop dan layan rancangan bergenre aksi, lawak dan seram seperti Running Man, Men In Black, Bintang Bersama Bintang dan lain-lain. Sekarang ini filem mahupun drama semuanya on demand. Ada Netflix, Iflix, Tonton dan banyak lagi. Ingat, jangan layan cerita jiwang!

Bersukan atau main game

Jangan biarkan kehidupan seharian anda ada masa terluang kerana bila anda ada masa yang berlebihan, anda akan kerap memikirkan kisah silam. Jadi, keluar la bersukan atau main permainan video bersama rakan anda.

Hal ini akan mengisi masa terluang anda pada hari itu dan anda tidak akan berasa keseorangan. Bersukan bukan sahaja dapat membantu anda dari segi kesihatan, ia juga mampu membuat anda lebih fokus ke masa hadapan. Bukan itu je, pergi cuba sukan ekstrem. Kehidupan korang akan rasa lebih bermakna selepas ini.

4. Luangkan masa bersama keluarga

Keluarga merupakan tulang belakang dalam kehidupan kita. Usah risau jika korang tinggal berjauhan dengan keluarga sekalipun. Teknologi sekarang kan sudah canggih dan mampu mengeratkan hubungan yang jauh kembali dekat.

Telefon sahaja keluarga dan luahkan perasaan yang terbuku. Kalau tidak mahu kongsi masalah kena reject dengan crush pun, sekurangnya berbicara perkara-perkara yang menceriakan. Tambah lagi, kalau dapat dengar suara mak kita, masalah yang berat pun boleh bertukar jadi ringan.

Jika korang masih tinggal bersama keluarga, korang boleh bawa keluarga keluar bercuti dan lebihkan masa bersama mereka. Ianya bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah antara keluarga, tetapi dapat mengembirakan hati kedua ibu bapa kita.

5. Unfollow semua sosial media

Membuat keputusan untuk unfollow semua media sosial si dia adalah jalan yang terbaik. Bukan mudah untuk kita melupakan dia dan kenangan bersama. Sekurangnya, tindakan ini dapat membuatkan anda perlahan-lahan ‘membuang’ dia dari kamus hidup anda. Bukan setakat unfollow, anda juga perlu membuang segala gambar yang berkaitan.

Masa inilah yang terbaik untuk korang belajar move-on! Memang sakit apabila direject oleh si dia tapi korang kena terima hakikat yang si dia adalah bukan ditakdirkan untuk korang. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan? So korang kena kekal positif dalam kehidupan seharian.

Jelajah #PositifSelalu DFKL 2019

Nak mantapkan lagi aura positif korang? Jom ramai-ramai ke Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 yang mengetengahkan tema ‘Positif Selalu’. Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan dalam memberi semangat positif dalam kalangan peserta yang datang menyertai aktiviti di sana.

Jom undi artis kesayangan korang

Pemenang drama pendek DFKL 2019 telah dinobatkan kepada SMK Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan yang membawa pulang RM1000. Tempat kedua membawa pulang RM700 jatuh kepada SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur. Manakala, SMK Sri Maharaja, Pasir Puteh, Kelantan merangkul tempat ketiga dengan membawa pulang RM400.

Saksikan Malam Anugerah DFKL 2019 yang akan bersiaran langsung pada pukul 9 malam Ahad, 7 April 2019 di TV3. layari laman sesawang www.dfkl.com.my serta laman media sosial rasmi Facebook dan Instagram @TV3Malaysia dan @8TVchinese untuk dapatkan maklumat lanjut. Layari juga www.xtra.com.my untuk ikuti artikel-artikel terkini mengenai DFKL 2019. Gunakan tanda pagar #positifselalu dan #dfkl2019 dalam setiap pos anda di media sosial untuk menghangatkan lagi perbualan di platform digital.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×