Sebut sahaja CJ WOW SHOP, pastinya ramai yang sudah tahu ia adalah saluran popular membeli-belah serba inovatif di rumah. Menyediakan lebih 1,000 produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, pastinya menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.
Sempena sambutan ulang tahun ke -3 CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah ini telah mengadakan kempen ‘3 Tahun Makin WOW’ yang merangkumi satu siri promosi melalui pelbagai salurannya termasuk platform TV, dalam talian dan mudah alih.
Kempen selama 3 minggu
Untuk pengetahuan korang, kempen ‘3 Tahun Makin WOW’ akan berlangsung selama 3 minggu yang akan bermula dengan rancangan siaran langsung khas yang berdurasi 23 jam pada 30 dan 31 Mac di ntv7, 8tv dan TV9. Menerusi siaran langsung tersebut akan menampilkan barisan hos kegemaran warga Malaysia seperti Zaim Helmi, Lily Liyana, Diana Rusdi, Jimmy Shanley, Baki Zainal, Pauline Tan, Gary Gap dan ramai lagi.
Menariknya lagi, barisan hos telah menghasilkan satu video muzik khas yang bergandingan bersama kumpulan muzik popular tanah air, Back2Basixx. Kalau nak tengok, kenalah tonton siaran langsung mereka nanti ya!
Tawarkan pelbagai ganjaran
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd, Kim Yang Hyun, sepanjang berlangsungnya kempen, pelanggan akan menikmati pelbagai ganjaran istimewa.
Ganjaran yang kami tawarkan sepanjang kempen ini merupakan penghargaan kami kepada pelanggan lama mahupun baru. Merekalah yang menjadi inspirasi kami untuk mencapai potensi maksimum kami serta meningkatkan tumpuan kami supaya mampu berkhidmat bagi lebih ramai rakyat Malaysia.
Antara ganjaran yang akan ditawarkan bermula dari 30 Mac hingga 21 April 2019 ialah:
30 – 31 Mac 2019
- Baucher diskaun WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019).
- Baucher diskaun WOW RM10 untuk semua pembelian produk TV melalui pusat panggilan dan dalam talian.
- 5% mata ganjaran WOW bagi pembelian dalam talian.
1 – 21 April 2019
- Baucher diskaun WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai rm199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019).
- Baucher diskaun WOW RM3 untuk pembelian dalam talian.
- 5% mata ganjaran WOW bagi pembelian dalam talian.
Ada rancangan baru ‘WOW Cantik’
Selain itu, untuk merancakkan lagi program ini, CJ WOW SHOP juga memperkenalkan rancangan baharu iaitu ‘WOW Cantik’ yang akan dihoskan oleh selebriti terkenal Yana Samsudin. Ia merupakan satu rancangan fesyen dan kecantikan yang memaparkan penstriman sosial secara siaran langsung.
Rancangan ini akan disiarkan di TV9 pada pukul 10 pagi setiap hari Jumaat. Kelainan program ini adalah penonton dapat berinteraksi dengan hos distudio dalam waktu siaran.
Tambahan lagi, selain menonton siaran langsung di televisyen, pelanggan boleh membeli produk-produk yang dipaparkan di TV dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.