berita

Classic Friday : “Taman Rashidah Utama” Oleh Wings, Mengimbau Cinta

February 1st, 2013 | by Ai
Video Popular

Wings

Sekinya minggu lalu kami pernah keluarkan lagu nyanyian Aishah berjudul “Janji Manismu” untuk segmen Classic Friday. Maka, untuk minggu ini kami telah memilih lagu nyanyian kumpulan Wings yang berjudul ‘Taman Rashidah Utama’ untuk tatapan para pembaca OHBULAN! sekalian.

Secara umumnya, kumpualn Wings telah ditubuhkan sejak tahun 1985 dan kumpulan ini telah dianggotai oleh empat orang ahli iaitu Awie (Vokalis), Abdul Zamin bin Abdul Kadir atau dikenali sebagai Joe (Gitar), Samsaidi Haji Ulong Idris atau Eddy (Bass) dan Azmi Hashim atau Black (Pemain Drum).

Lagu ‘Taman Rashidah Utama’ ini merupakan salah satu lagu yang telah dimuatkan dalam album Wings yang berjudul ‘Hukum Karma’ di mana ia telah dikeluarkan sejak tahun 1988 lagi. Selain ‘Taman Rashidah Utama,’ album ini turut mengandungi beberapa lagu popular yang lain seperti Opera Hidup, Misteri Mimpi Syakilla serta Hukum Karma sendiri.

Untuk makluman, lagu ‘Taman Rasyidah Utama’ dan ‘Hukum Karma’ pernah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 1989 dan persembahan kumpulan Wings pada malam tersebut adalah cukup menarik walaupun baru pertama kali mereka layakkan diri ke peringkat akhir. Menerusi dua lagu tersebut, Wings telah memenangi tempat kedua dan ketiga dalam kategori persembahan terbaik.

Bagi peminat kaki karaoke sekalian, jom layan lagu ‘Taman Rashidah Utama’ selepas ini. Enjoice!!

SKIP THIS AD ×