berita

Cliff Umar Juara Gegar Vaganza 7, Bawa Pulang Wang Tunai RM102,000!

December 14th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya konsert final Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang menampilkan tujuh peserta yang telah berentap bagi merebut gelaran juara. Antara perserta yang layak ke pusingan final adalah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu Damit, Noraniza Idris dan Cliff Umar.

Program GV7 menggunakan konsep format pemarkahan 100 peratus daripada juri profesional yang diwakili oleh dua lagenda muzik tanah air Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap. Manakala, bagi episod final penyanyi rap popular menampilkan Joe Flizzow sebagai juri undangan.

3 teratas GV7

Gegar Vaganza musim ketujuh mengangkat Cliff Umar sebagai juara yang sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,00 berserta trofi sumbangan Astro. Tidak berakhir di situ, Cliff Umar turut menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi yang membawa pulang RM2,000 dan tajaan barangan Adabi selama satu bulan.

Manakala bagi naib juara dirampas oleh Muss yang berjaya meraih wang tunai sebanyak RM50,000 dan tempat ketiga disandang oleh Ayu Damit yang menerima wang tunai bernilai RM30,000 serta trofi. Bagi peserta lain Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Oja, dan Ashira masing-masing menduduki tangga keempat, kelima, keenam dan ketujuh yang membawa pulang duit sebanyak RM20,000, RM15,000, RM10,000, dan RM5,000 bersama trofi.

Walaupun kemenangan berpihak kepada Cliff Umar, namun terdapat juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan keputusan juri pada malam itu. Namun, terdapat juga komen yang menyatakan Cliff Umar memang layak merangkul gelaran juara berikutan persembahannya yang memukau.

Apa-apa pun tahniah OHBULAN! ucapkan kepada semua para pemenang.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×