Kumpulan K-pop terkenal, CNBLUE menggegarkan pentas jelajah dengan dibanjiri ribuan peminat yang bertemakan ‘Voyage Into X’ di Arena Of Stars, Genting Highlands baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: CNBLUE Band Korea Pertama Konsert Jelajah Dunia

Artikel Berkaitan: Monday Music : CN Blue Lancarkan MV Terbaru, “I’m Sorry”

Akhiri jelajah 2024 di Malaysia

Vokalis utama dan gitaris Jung Yong Hwa, drummer Kang Min Hyuk dan bassist Lee Jung Shin memulakan jelajah Voyage Into X yang berelemenkan misteri lautan serta bersempena peluncuran mini album terbaru mereka berjudul ‘X’.

Konsert CNBLUE Live In Asia yang berlangsung selama 3 jam menyaksikan ketiga-tiga idol itu menyajikan persembahan yang luar biasa.

Peminat yang digelar Boice turut terhibur pada malam konsert dengan 25 buah lagu yang dimainkan.

  1. In My Head
  2. Where You Are
  3. I’m Sorry
  4. Cold Love
  5. BAD BAD
  6. Tattoo
  7. Let Me Know
  8. Y, Why…
  9. I’m a Loner
  10. Face to Face
  11. Coffee Shop
  12. Wake Up
  13. To. My Love
  14. Then, Now and Forever
  15. A Sleepless Night
  16. Intuition
  17. Have a Good Night
  18. Racer
  19. 99%
  20. Cinderella
  21. Between Us
  22. Radio
  23. Blue Stars
  24. Young Forever
  25. You’re So Fine

Pada malam konsert tersebut, pentas berbentuk ‘X’ telah khas dibina bersempena sambutan mini album terbaru mereka.

Menghargai peminat yang hadir ke konsert yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands pada 7 Disember lalu, CNBLUE turut menyajikan encore dua buah lagu iaitu ‘Young Forever’ dan ‘You’re So Fine’.

Konsert CNBLUE Live In Asia – Voyage Into X Malaysia ini dianjurkan oleh kerjasama antara Absolute Technical Production dan Sparkling Star.