berita

Coldplay Live 2012 Di Pasaran November Ini

September 28th, 2012 | by Ai
Hollywood

Rasai kehangatan daripada kebangkitan semula sebuah kumpulan ternama iaitu Coldplay. Kumpulan tersebut telah mengumumkan rancangan tentang penghasilan album kedua yang terbaik dengan gabungan rakaman terhebat daripada Bluray dan CD/DVD  pada 19 November.

DVD ini dipanggil ‘Live 2012’ dimana ianya bakal dikombinasikan daripada konsert di Paris’ Stade de France, Montreal’s Bell Center dan The Band’s Pyramid Stage manakala tajuknya telah ditetapkan sebagai  Glastonbury 2011.

Ianya merupakan emosi kaleidoskop dimana kaleidoskop merupakan 3 lembar lempengan kaca yang disekat, dan dibahagian dalam diberi kepingan kaca atau kertas warna warni sehingga mampu memantulkan sesuatu corak yang berwarna-warni.

Pantulan  selama 90-minit itu diarahkan oleh pengarah Paul Dugdale yang menginginkan sesuatu yang lain daripada yang lain kerana ianya adalah epik bersama-sama gabungan warna menarik disamping potret kandid memukau daripada kumpulan Coldplay.

Jika dahulu, konsert coldplay Live 2003 memberi tumpuan pada persembahannya di Sydney, Australia. Namun, kali ini Coldplay melakukan campuran rakaman dari Centre Montreal Bell, Glastonbury dan sebagainya.

Berikut merupakan trailler Coldplay Live 2012 :

SKIP THIS AD ×