berita

Comelnya.. Siti Hajaar Sedia Bekal Untuk MK K-Clique, Pesan Ingat Isteri Sentiasa

October 13th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi rap popular, MK dari kumpulan K-Clique berkongsi satu hantaran mengenai isterinya, Siti Hajaar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selesai Akad Nikah, MK K-Clique Hadiahkan Gelang Emas & Bunga Untuk Ibu – ‘Mesti Dia Layan Isteri Bagaikan Bidadari’

Artikel Berkaitan: Bapa Siti Hajaar Meninggal Dunia, MK K-Clique Beri Kata-Kata Semangat – ‘Isteriku Yang Kuat’

‘Kerja baik-baik ya’

Menerusi hantarannya di ‘Instagram story’, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, memuat naik sebuah gambar bekal dan minuman yang telah disediakan oleh isterinya dengan kapsyen ‘Bismillah’.

Bukan itu sahaja, Siti Hajaar juga menulis satu pesanan khas buat suami tercinta.

Dalam pesanan tersebut, Siti Hajaar mendoakan agar rezeki MK sentiasa mengalir seperti air zam-zam.

Kerja baik-baik ya sayang. Saya sentiasa doakan rezeki awak mengalir seperti air zam-zam. Amin.

Dalam pada itu, Siti Hajaar turut mengingatkan MK untuk tidak membuat perkara yang tidak baik dan sentiasa mengingati dirinya.

Jangan bukan-bukan ya sayang. Love you. Ingat isteri awak sentiasa okay!

SKIP THIS AD ×