Umum mengetahui, The Queen of Soundtracks Indonesia iaitu Melly Goeslaw telah mengadakan Konsert Ada Apa Dengan Melly? di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 3 dan 4 Februari yang lalu.
Bertemakan ‘Back to School’ Melly mahu peminatnya menggamit kenangan sewaktu berada di zaman persekolahan dan alam percintaan.
Artikel berkaitan: Rasa Marah Dengan Diri Sendiri, Ika Nabella Terlepas Konsert Melly Goeslaw – ‘Tak Mau Buka IG, Meluat Tengok Hampa Pakai Baju Sekolah’
Jom, OhBulan! kongsikan corat-coret Konsert Ada Apa Dengan Melly? yang telah berlangsung selama dua hari itu.
Semua pakai baju sekolah
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! boleh dikatakan majoriti penonton yang hadir memakai pakaian seragam sekolah. Bukan itu sahaja, ada di kalangan mereka yang memakai baju unit beruniform seperti pengakap dan persatuan bulan sabit merah. Rakan artis dan selebriti media sosial yang hadir turut bersemangat mengikut tema yang telah ditetapkan oleh penganjur konsert terbabit iaitu Icon Entertainment.
Antara barisan artis dan selebriti media sosial yang OhBulan! nampak semasa konsert Melly Goeslaw ialah Wany Hasrita, Amira Othman, Elyana, Ernie Zakri, Syamel, Puteri Aishah, Ika Nabella, Dayana Roza, Shila Amzah, Catriona Brian Ross, Zulin Aziz, Fazura, Fattah Amin, Izara Aishah, Tya Arifin, Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Cikgu Zack Kirana, Rossa, Raffi Ahmad dan ramai lagi.
Di samping itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli dalam memeriahkan konsert tersebut. Menurut pihak Icon Entertainment, konsert yang berlangsung selama 3 jam itu dihadiri lebih 2800 orang. Memang best dan berbaloi beli tiket!