berita

Covid-19: 130 Kes Baru Dilaporkan, 48 Berkait Perhimpunan Tabligh

March 20th, 2020 | by faris
Kini Trending

Kerajaan telah mengumumkan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal pergerakan rakyat berikutan keadaan semasa Covid-19 yang semakin meruncing. ATM akan dikerah berbuat demikian bermula Ahad ini.

Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes semasa wabak itu.

12 kes pulih

KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hisham Abdullah mengesahkan 12 kes telah pulih menjadikan keseluruhan kes sembuh adalah 87.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 87 kes.

Meningkat kepada 1030 kes

Dalam pada itu, 13o kes baru turut dilaporkan, menjadikan mangsa virus ini meningkat 1030 kes.

Sehingga 20 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 130 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,030 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 48 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sehingga kini, seramai 26 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×