Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noorhisham Abdullah menerusi sebuah sidang media hari ini memaklumkan perkembangan wabak Covid-19 di Malaysia. Setakat 29 Mac 2020 telah melihatkan 150 kes baharu, menjadikan jumlah kes keseluruhan adalah 2,470. Manakala, 7 lagi kes kematian yang telah berlaku menjadikan 34 bilangan kes di Malaysia.
150 kes baharu, 7 kematian
Secara keseluruhannya, 7 kes kematian yang dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu melibatkan golongan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Beliau turut memaklumkan sebanyak 150 kes baharu positif Covid-19 yang telah dilaporkan. Manakala, 52 kes memerlukan bantuan penafasan.
Kes kematian ke-28 iaitu merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
Kes kematian ke-29 merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Kes kematian ke-30 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
Kes kematian ke-31 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
Kes kematian ke-32 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta perhimpunan di Masjid Sri Petaling.
Kes kematian ke-33 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India.
Kes kematian ke-34 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.
Sukarelawan kesihatan diperlukan
Sebanyak 388 kes pesakit Covid-19 yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah termasuk 68 pesakit sembuh pada hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengalukan sukarelawan kesihatan untuk membantu mencegah penularan wabak Covid-19 ini. KKM menyeru lebih ramai lagi sukarelawan bagi membantu misi ini dengan mengisi borang sukarelawan di laman sesawang Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
Berdasarkan jumlah rekod setakat ini, didapati 55.6% adalah berumur 60 tahun dan ke atas. Manakala 67.6% menghidap penyakit kronik misalnya kencing manis, darah tinggi, atau penyakit buah pinggang. Mereka lebih berisiko mendapat penyakit Covid-19 lebih serius dengan mengalami gejala tersebut.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia