berita

Covid-19: 217 Kes Baharu & 3 Kematian Direkodkan Hari Ini

April 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perkembangan terkini berkenaan dengan wabak Covid-19 hari ini telah mencatatkan bilangan pesakit yang sembuh ialah sebanyak 60 kes. Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah sebuh ialah sebanyak 827 kes. Perkara ini disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada satu sidang media khas Covid-19.

3333 jumlah keseluruhan kes

Tambahnya lagi terdapat penambahan sebanyak 217 kes baru Covid-19 yang direkodkan dan Malaysia telah mencapai jumlah keseluruhan kes sebanyak 3333 kes. Selain itu, kes kematian yang dicatatkan sehingga hari ini ialah sebanyak penambahan 3 kematian dan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 53 kes.

Kes keatian ke-51 melibat seorang wanita warganegara berusia 84 tahun yang mempunyai masalah penyakit jantung. Kes ke-52 merupakan lelaki berusia 52 tahun dan telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Manakala bagi kes-53 pula warga emas berusia 73 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan penyakit buah pinggang.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!