berita

Covid-19: ATM Dikerah Bataskan Pergerakan Rakyat, Namun Bukan Perintah Darurat

March 20th, 2020 | by faris
Kini Trending

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membuat pengumuman khas berkenaan isu Covid-19 pada tengah hari Jumaat. Menurutnya, kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini bagi mengurangkan pergerakan rakyat sekaligus mengawal penularan wabak itu.

Ambil tindakan kalau tidak ada kompromi

https://www.youtube.com/watch?time_continue=175&v=ph_e1t1L8vk&feature=emb_title

Menurut Ismail Sabri, dengan langkah kerajaan itu, pihaknya mengharapkan kerjasama penuh daripada rakyat. Untuk peringkat awal, kaedah nasihat dilaksanakan sebelum tindakan undang-undang dibuat jika sampai tahap tidak boleh dikompromi.

Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.

Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.

Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan.

Nafi berita palsu akan umum darurat

Ujarnya lagi, pihak kerajaan menafikan penularan berita palsu kononnya akan ada pengumuman darurat yang telah tersebar di laman sosial.

Semalam, berbagai-bagai berita palsu dikeluarkan dan diedarkan sehingga mencetuskan panik dalam kalangan rakyat. Sebagai contoh ada audio serta posting FB yang mengatakan bahawa menteri pertahanan akan mengumumkan perintah darurat setelah diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Tidak ada dalam perancangan kerajaan untuk umumkan darurat, tetapi perkara ini telah dihebohkan. Saya harap rakyat jangan mudah percaya pada berita-berita palsu.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×