Perkembangan terbaru mengenai Covid-19 hari ini menunjukkan tanda positif selepas hanya 69 kes baru telah dilaporkan dan sebanyak 201 kes telah kembali sembuh. Sementara itu, terdapat dua kematian yang telah dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan TIndak Cepta Krisis Kebangsaan (CPRC).
Jumlah kes harian terendah
Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 201 orang telah sembuh.
Ini menjadikan 2,967 pesakit atau 56.6 peratus telah sembuh dan discaj hospital. Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 2,198 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,jumlah pesakit yang telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital telah mencapai 56.6 peratus. Tambahnya lagi, jumlah keseluruhan kes dalam negara pula mencatatkan angka 5251 kes.
Sidang media penuh
https://www.facebook.com/harianmetro/videos/2560232114083461/