berita

Covid 19: Penduduk Kuarters Polis Trafik Kulim Buat Bacaan Yaasin Dari Balkoni Rumah

March 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksankan oleh pihak kerajaan sejak 18 Mac lalu bakal dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini. Pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas semalam.

Susulan daripada itu, kesemua rakyat Malaysia diminta untuk berada di rumah dan mengelakkan diri untuk berada di tempat awam. Pelbagai aktiviti turut disarankan oleh kerajaan bagi memastikan kesemua rakyat Malaysia akur dengan perintah yang dikeluarkan. Menerusi Facebook Penduduk Kuarters Kulim, kesemua penduduk telah mengadakan bacaan Yassin agar wabak Covid-19 yang sedang berlaku bakal berakhir dengan segera. Amin!

Hari Ke-8 kuarantin

Menurut Penduduk Kuarters Kulim, sempena hari ke-8 kuarantin, mereka telah mengadakan majlis bacaan Yaasin dari balkoni rumah masing-masing. Walaupun kesemua mereka tidak dapat bersama-sama membaca Yaasin di surau, mereka berharap dengan usaha dan doa yang dilakukan itu mampu menghapuskan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.

Kesepakatan berpanjangan

Menerusi posting tersebut juga, beberapa foto semasa majlis bacaan Yaasin sedang berlangsung turut dikongsikan. Ucapan sempena Hari Polis yang ke-213 juga diucapkan kepada semua suami dan isteri warga kuarters berkenaan.

Sumber: Penduduk Kuarters Kulim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.