Ekoran penularan wabak Covid-19 yang semakin serius, bekalan alat pencegah virus seperti topeng muka dan hand sanitizer semakin berkurangan. Hampir keseluruhan farmasi di Malaysia tidak menjual topeng muka kerana kehabisan stok. Permintaan topeng muka pada masa ini sangat meningkat naik.
Justeru itu, satu inisiatif yang murni dilakukan seorang wanita apabila dia menjahit topeng muka untuk diberikan kepada orang ramai. Hasil laporan Harian Metro, wanita tersebut mengagihkan topeng penutup muka secara percuma ketika pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
200 topeng muka untuk diagihkan
Setakat ini sudah 100 penutup mulut dan hidung siap dijahit dan tunggu 100 lagi dalam persiapan sebelum diagihkan secara percuma.
Saya bersimpati dengan keperluan mereka ingin menjaga kesihatan berikutan penularan wabak penyakit berjangkit Covid-19
Haida Abdullah seorang suri rumah bersal dari Kampung Tanah Puteh, Gua Musang berkata, dia telah menjahit lebih kurang 100 helai penutup muka. Dia mensasarkan dapat menjahit dalam jumlah 200 helai sebelum diagihkan kepada orang yang memerlukan. Dia turut bersimpati dengan orang ramai yang inginkan topeng muk bagi menjaga kesihatan.
Balas jasa orang ramai
Kemiskinan keluarga saya tular media sosial hingga mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyediakan rumah.
Selain MAIK, agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) memberi bantuan mesin jahit untuk saya cari rezeki
Tambahnya lagi, dia menjahit topeng muka ini dan beri secara percuma adalah tanda balasnya kepada keprihatinan orang ramai sebelum ini yang pernah membantunya yang mengalami kemiskinan hidup. Sebelum ini kemiskinan keluarganya mendapat perhatian netizen sehingga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyediakan rumah buatnya.
Suami berpendapatan RM500 sebulan
Pada tahun lepas, Harian Metro turut melaporkan tentang wanita ini berkenaan keadaan rumahnya yang sungguh usang. Tahap kemiskinannya sehingga dia tidak mampu untuk membayar sewa rumah kerana pendapatan suaminya yang bekerja sebagai penoreh getah hanya berjumlah RM500 sebulan. Walau bagaimanapun, pihak MAIK telah memberinya sebuah rumah untuk dia dan keluar menetap di situ. Pada awalnya, dia menyangkakan bahawa pihak MAIK ingin memberi bantuan keperluan harian. Sungguh tidak sangka bahawa dia sekeluarga menerima kediaman baru yang jauh lebih selesa.
Sumber: Harian Metro, Astro Awani, Harian Metro