berita

Covid-19 Ragut 6 Lagi Korban, Lapor 140 Kes Baru

March 31st, 2020 | by faris
Kini Trending

Sebanyak 58 kes telah pulih dan dibenarkan pulang setelah menjalani rawatan Covid-19 seluruh negara. Angka itu menjadikan angka keseluruhan untuk jumlah kes yang pulih sepenuhnya adalah 537 kes.

Majoriti warga emas

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 140 kes baru dilaporkan setakat hari ini. Bagaimanapun, terdapat 6 kematian baru dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

Kes kematian 38 adalah wanita warganegara Malaysia dengan sejarah sakit darah tinggi. Manakala kes 39 merupakan lelaki 69 tahun yang juga mempunyai sakit kencing manis dan darah tinggi selain ada sejarah ke Arab Saudi. Untuk kes ke 40, juga membabitkan warga emas 69 tahun yang dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Johor.

Bagi kes 41, mangsa adalah warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Untuk mangsa ke 42, korban adalah warga Malaysia berusia 81 tahun dengan sejarah kesihatan sakit jantung. Kes 43, arwah berusia 73 tahun dengan masalah kesihatan kencing manis dan jantung.

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.