berita

Covid-19: Unilever Sumbang Lebih Daripada €100 Juta Untuk Membantu Masyarakat Yang Terjejas Di Seluruh Dunia

March 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Syarikat pengeluar barangan terkemuka iaitu Unilever telah mengumumkan bahawa mereka akan menyumbangkan €100 juta untuk membantu masyarakat di seluruh dunia yang terkesan dengan wabak Covid-19.

Syarikat yang terkenal dengan barangan pengguna seperti Dove, Knorr, Omo dan Lifebuoy itu memberitahu bahawa tujuan syarikat mereka ditubuhkan adalah untuk membantu dan melindungi semua kehidupan dan mata pencarian pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengguna dan komuniti, pelanggan dan pembekal serta tenaga kerja mereka.

Sumbangan sabun, sanitizer, peluntur dan makanan

Unilever akan menyumbangkan 100 juta euro untuk membantu memerangi pandemik Covid-19 melalui sumbangan sabun, sanitizer, peluntur dan makanan. Ini termasuk, sumbangan sebanyak €50 juta kepada Platform Tindakan COVID yang dilancarkan oleh Forum Ekonomi Dunia.

Unilever turut memastikan bahagian pengeluarannya menghasilkan sanitiser yang mencukupi untuk digunakan di hospital, sekolah dan kesemua institusi yang lain. Di Malaysia, Unilever bekerjasama dengan Tesco untuk mendermakan sabun basuh tangan Lifebuoy kepada 63 buah sekolah angkat mereka.

Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran yang berterusan untuk memupuk pelajar sentiasa menjaga kebersihan menggunakan pencuci tangan.

Beri sokongan terhadap pengamal perubatan

Menurut Pengarah Urusan Unilever Malaysia dan Singapura, Annemarieke de-Haan, keutamaan Unilever adalah untuk  meningkatkan tahap kesihatan dan kebersihan jutaan manusia.

Kami dengan bangganya memberi sokongan kepada pegamal perubatan (front liner) yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk membantu masyarakat walaupun mereka merupakan golongan yang paling berisiko dijangkiti wabak yang sedang berlaku.

Unilever juga akan menawarkan pelepasan aliran tunai sebanyak €500 juta untuk menyokong mata pencarian individu. Pertama, melalui bayaran awal untuk pembekal bersaiz kecil dan sederhana mereka. Seterusnya, memperluas kredit kepada pelanggan runcit kecil terpilih yang perniagaannya bergantung kepada Unilever. Hal tersebut dapat membantu mereka mengurus dan melindungi pekerjaan.

Unilever melindungi tenaga kerja

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Unilever, Alan Jope kesemua tenaga kerja Unilever akan dilindungi walaupun mereka bakal berhadapan permasalahan mengenai gaji secara tiba-tiba ekoran gangguan pasaran untuk jangka masa tiga bulan.

Perlindungan tersebut meliputi kesemua pekerja, kontraktor dan mana-mana pihak yang bekerja di laman web mereka secara sepenuh masa mahupun separuh masa.

Kami berharap sumbangan sebanyak €100 juta untuk sabun, sanitiser, peluntur dan makanan akan memberikan sumbangan yang signifikan ke arah melindungi kehidupan rakyat, dan membantu melindungi pendapatan dan pekerjaan para pekerja kami.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×