berita

Craving Chee Cheong Fun Sedap Macam Di Ipoh? Jom Cuba Resepi Ini

November 1st, 2020 | by Amat Larbsib
MyResipi

Kalau anda pergi bercuti ke Ipoh, pasti tidak akan ketinggalan untuk menikmati makanan Cina seperti Mee Tarik, Wantan, Dimsum dan sebagainya. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menghadkan untuk kita pergi makan angin dan menikmati makanan yang sedap di Ipoh.

Kenapa perlu ke sana kalau kita boleh buat sendiri di rumah, kan? Jadi, kami hendak kongsikan resipi makanan Cina Che Cheong Fun versi Ipoh dari Ujie Ibrahim ini. Memang ringkas dan sedap di makan!

Cara penyediaan

Untuk membuat Che Cheong Fun, anda perlu sediakan Spring Roll Paper yang terdapat di pasar raya. Basahkannya dengan air supaya ia sedikit lembik.

Kemudian, gulungkan Spring Roll Papaer tadi bersama beberapa ekor udang yang telah dikupas kulitnya dan dibuang bahagian kepala. Susun seperti di dalam gambar. Sebelum itu, pastikan penutup periuk besi yang digunakan di sapu terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Kemudian, kukus bahan tadi di dalam periuk sehingga lebih kurang 3 minit. Seterunya, gulung Spring Roll Paper tadi, bungkus seperti mana yang diinginkan.

Buat sambal pula

Bagi menyediakan sambal pula, anda perlukan cili kering, bawang putih, bawang merah dan kepala udang (atau udang kering). Gorang bahan-bahan ini hingga garing.

Langkah seterusnya, tumbuk atau kisarkan bahan-bahan tadi sehingga lumat. Kemudian, kumiskan bersama sesudu sos tiram, sesudu cuka dan garam. Tumis sampai pecah minyak ye.

Sos kicap

Bagi penyediaan sos/kuah kicap pula, anda perlu masukkan rendaman air udang tadi ke dalam kuali, bawang putih 3 ulas, sesudu kicap manis, sesudu sos tiram, dan secukup rasa. Siap!

Inilah hasilnya!

Sumber: Ujie Ibrahim

The following two tabs change content below.

×