Foto: Cristiano
Cristiano Ronaldo dan pasangan Georgina Rodriguez mengumumkan bayi mereka yang baru lahir meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Rodriguez Hamil, Ronaldo Teruja Menanti Anak Kembar Lagi
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Anak Terlalu Obses Dengan Teknologi, Cristiano Ronaldo Larang Anak Sulung Miliki Telefon Bimbit Sendiri
Pasangan kembar meninggal dunia
Foto: Cristiano
Dalam satu status yang dimuat naik penyerang Machester United itu semalam, dia mengesahkan pasangannya selamat melahirkan bayi perempuan tetapi kembarnya, bayi lelaki meninggal dunia.
Dengan rasa sedih yang paling mendalam kami mengumumkan kematian bayi lelaki kami. Ia adalah kesakitan terbesar yang dirasai oleh mana-mana ibu bapa.
Hanya kelahiran bayi perempuan kami memberikan kami kekuatan untuk menjalani masa ini dengan sedikit harapan dan kebahagiaan.
Pada Oktober lalu Ronaldo mendedahkan di media sosial yang pasangannya Rodriguez mengandung anak kembar.
Rasa terima kasih Ronaldo
Foto: Cristiano
Lebih lanjut, Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu proses bersalin pasangannya. Ronaldo juga ada meminta media menghormati privasinya.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas semua penjagaan dan sokongan yang diberikan.
Kami sangat bersedih atas kehilangan ini dan meminta privasi pada masa yang sangat sukar ini. Anak lelaki kami, kami akan menyayangi kamu selamanya.
Pasangan itu, yang berkenalan ketika Ronaldo di Real Madrid, mempunyai anak perempuan berusia empat tahun, manakala Ronaldo mempunyai tiga anak lain.
Sumber: Cristiano Ronaldo