berita

Cuba Lelong Jamban Duduk, Sudu Yang Digunakan Lisa Blackpink RM14 Ribu, Peminat Serang Cafe Thai Ini

January 7th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Lisa Blackpink antara ahli kumpulan K-Pop yang terkenal dan memiliki pengikut di media sosial paling ramai iaitu mencecah 28.2 juta. Tidak sangka ada pihak yang mengambil kesempatan atas populariti yang diraih penyanyi anak kelahiran Thailand ini.

Sebuah kafe di Bangkok, Thailand iaitu MQQN Cafe mengambil kesempatan dengan menjual beberapa barangan yang digunakan penyanyi Kill This Love sewaktu Lisa berkunjung ke kafe berkenaan.

Kafe MQQN Bangkok ditutup?

TodayOnline melaporkan pemilik kafe tersebut iaitu Masse Jacop melelong barangan di kafe miliknya seperti sofa, sudu garfu dan juga mangkuk tandas yang pernah digunakan Lisa Blackpink.

Bidaan cecah 100,000 Baht

Malah, beberapa barangan yang dibida turut mendapat perhatian dan harga bidaan hampir 100,000 Baht bersamaan RM13,599. Posting berkenaan turut dikecam peminat Blackpink sehingga menyebabkan Masse Jacop tampil memohon maaf kepada penyanyi Korea itu sehingga menyebabkan peminat tidak berpuas hati.

Didesak untuk tutup perniagaan

Peminat Blackpink turut menyifatkan pemilik kafe berkenaan telah menganggu Lisa secara seksual sehingga meminta syarikat label Blackpink iaitu YG Entertainment untuk ambil tindakan. MQQN Cafe Bangkok didesak netizen untuk menutup perniagaan itu buat selama-lamanya. Bagaimanapun, kafe berkenaan hanya menghentikan operasi mereka buat beberapa hari sahaja.

Sumber: AshHugh2, TodayOnline

SKIP THIS AD ×