berita

Cuba ‘Paw’ Datuk RM1 Juta, Bekas Suami Pelakon Ditahan Reman

June 28th, 2018 | by faris
Kini Trending

Seorang lelaki yang juga bekas suami kepada seorang pelakon menjadi antara suspek yang ditahan selama empat hari bagi siasatan atas dakwaan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek, 38 tahun itu bersama seorang lagi suspek berusia 37 tahun ditahan oleh SPRM di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Minta RM1 juta daripada datuk

Menurut jurucakap SPRM, suspek cuba memperdaya seorang ahli politik yang juga seorang Datuk yang kononnya mengaitkan dengan kes rasuah.

Suspek cuba mengaitkan mangsa dengan satu kes SPRM yang tidak wujud dan meminta wang sebanyak RM1 juta daripada mangsa untuk menjadi perantara bagi menyelesaikan kes itu.

Dakwa kenal pegawai SPRM

Suspek juga turut memperdaya mengatakan dia kenal secara rapat pegawai SPRM selain menggunakan surat rasmi kerajaan bagi memerangkap mangsa.

Suspek turut mendakwa mengenali rapat seorang pegawai tinggi SPRM. Kedua-dua suspek dikatakan turut menggunakan surat rasmi kerajaan yang diperoleh daripada Internet bagi meyakinkan mangsa.

Turut dirampas adalah wang tunai RM50,000 dan dua telefon pintar daripada kedua-dua suspek serta beberapa dokumen berkaitan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×