berita

Cuba Tiru Cabaran Youtuber Terkenal, 2 Remaja Ini Ditahan Bermalam Dekat Ikea Penang

April 2nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sejak Ikea Batu Kawan Pulau Pinang dibuka, pelbagai isu telah terjadi seperti bilik pameran perabot berselerak. Terbaru, menerusi World of Buzz, dua remaja berumur 17 tahun ditahan apabila cuba melakukan cabaran 24 jam di dalam Ikea. Cabaran ini bermula apabila YouTuber Bakuna Fatata merakam aksi mereka berdua bermalam di salah sebuah Ikea selama sehari tanpa dikesan pengawal keselamatan.

Sembunyi di dalam almari

Kedua mereka tiba di Ikea Batu Kawan pada 28 Mac jam 8 malam. Apabila tiba waktu penutupan kedai, mereka bersembunyi di dalam almari bagi mengelak untuk dikesan sebelum mereka keluar dari situ selepas keadaan telah sunyi. Pihak Ikea turut mendakwa hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mereka berdua berjalan ke setiap bilik pameran sambil merakam dan menangkap gambar.

Mereka ditahan pada jam 6.40 pagi keesokkan harinya apabila pengawal keselamatan menemui mereka yang sedang berlegar-legar di dalam Ikea sebelum dilaporkan pada pengurus keselamatan. Remaja terbabit mengaku melakukan cabaran itu kerana ingin menunjukkan kehebatan mereka yang mampu bermalam di dalam Ikea tanpa ditahan pengawal keselamatan.

Mereka rakan sekelas

Kedua mereka merupakan rakan sekelas dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Mereka terpaksa bermalam di dalam lockup selama satu malam sebelum di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Pihak polis masih menyiasat kes ini di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan jika disabit bersalah, mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM3000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: World of Buzz

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×