berita

‘Cuba Untuk Tak Fikir Akan Perpisahan Ini’ – Bella Dally Akur & Positif

May 19th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally telah mengumumkan perpisahan rumah tangga mereka yang terbina sejak September 2016. Masing-masing mengumunkan berita sedih itu di laman sosial pada awal Ramadhan.

Artikel berkaitan: ‘Kami Dah Cuba Yang Terbaik Untuk Selamatkan Tapi…’ – Bella Dally

Menurut Metro Online, Bella tidak menafikan berasa perit akan keputusan itu, namun bersyukur apabila mendapat sokongan serta kata-kata semangat daripada keluarga tersayang.

Saya redha dan positif

Saya kena redha, positif dan move on. Saya berusaha cuba untuk tidak memikirkan mengenainya perpisahan ini. Alhamdulillah, saya ada keluarga dan rakan yang tanya khabar serta keadaan saya. Sekarang ini, saya tidak perlu cakap banyak dah. Semua sudah tahu status saya dengan Nazim.

Demikian kenyataan pelakon Bella Dally mengenai berita perceraiannya dengan pelakon Nazim Othman, tempoh hari. Bagaimanapun, dia pasrah dan akur dengan perpisahan ini setelah masing-masing memutuskan kata sepakat.

Saya kerap pulang ke Sabah untuk jenguk ibu bapa

Untuk berkongsi mendalam mengenai puncanya, rasanya tak manis untuk dikongsikan. Cukup setakat apa yang semua sudah maklum.

Bella turut menafikan tindakannya kerap pulang kampung halaman sendirian kebelakangan ini adalah disebabkan ketegangan yang berlaku antara mereka. Tujuan dia kerap pulang ke Sabah adalah ingin menjenguk orang tersayang terutama ibu bapanya.

Saya memang sangat rapat dengan mereka. Sementara mereka masih ada, baik saya gunakan sebaiknya kesempatan itu untuk pulang Sabah. Selain itu, saya mahu berjumpa ramai kawan saya di sana.

Sumber: Metro Online

SKIP THIS AD ×