Menerusi laporan Berita Harian hari ini, bapa Najwa Latiff telah mendakwa anaknya sebagai seorang yang penderhaka dan berharap agar anaknya datang memohon maaf.
Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.
Menurut Abdul Latif, hubungan mereka anak beranak mula dingin sejak tahun lalu dan sebagai bapa, Abdul Latif kesal dengan perangai anak-anaknya.
“Mereka berkata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga, saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak.”
“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak-anak baik. Kami sering keluar makan dan ada kala menonton wayang bersama.”
“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya menegur sikap mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?”
“Paling saya terkilan apabila anak-anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu, tetapi luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka,” ujar Abdul Latif penuh kesal.