berita

‘Cukuplah Dengan 3 Anak Dulu’ – Che Ta

October 25th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Kecoh sekejap dia sosial media baru-baru ini apabila Che Ta dikatakan hamil anak kedua dengan Zain Saidin apabila kawan rapat Che Ta mengucapkan tahniah kepada aktres itu mengenai ‘kehamilannya’. Rupanya, semua itu hanya gurauan. Laa, ingat betul-betul, rupanya bergurau saja.

Menurut pelakon Kiah Pekasam ini, dia sedar peminat mahu dia hamil lagi, namun dia sendiri masih tidak bersedia untuk tujuan itu.

Tak sembunyi benda baik

Saya tak hamil. Semua tu usikan saja. Kalau betul hamil, saya tak akan sembunyikan benda yang baik.

Katanya menurut laporan Harian Metro, dia akan lebih teruja untuk mengumumkan berita gembira berkenaan kepada peminatnya jika benar dia berbadan dua lagi.

Lebih percaya kualiti bukan kuantiti

Mungkin kerana badan saya berisi, ada yang ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti. Buat masa ni cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu beri yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tapi tak mampu membahagiakan mereka tak seronok juga.

Sumber: Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×