Baru-baru ini viral apabila seorang model muslimah terpalit dengan kontroversi melibatkan hubungannya bersama suami orang iaitu seorang ahli perniagaan dikenali ramai. Pendedahan tersebut dibuat oleh isteri individu itu sendiri di ruangan Instagram Story miliknya.
Artikel Berkaitan : ‘Alya Mohon Maaf’ – Didakwa Jadi Perampas Suami Orang, Ini Penjelasan Alya Iman
Terbaru, ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mahathir Mohd memohon agar netizen hentikan segala fitnah dan kata-kata kesat. Dia turut akui menyesal dengan apa yang terjadi dan memohon maaf kepada isterinya.
Cukuplah segala tomahan dan fitnah
Setelah 2 hari saya membenarkan anda semua komen di ruangan yang di-sediakan cukuplah segala nasihat , tomahan , fitnah , kata-kata hina yang anda semua tuliskan. Saya bersyukur atas ke prihatinan anda semua terhadap keluarga saya.
Jadi cukuplah komen yang negatif terhadap SocialMedia saya & juga isteri. Hormatilah kami. Setiap manusia pernah lakukan kesilapan. Sekali lagi , Terima kasih kepada semua Netizen & Rakyat Malaysia yang prihatin.
Menurut Mahathir Mohd, dia akui telah melakukan kesilapan namun dia meminta agar orang ramai tidak lagi terus mengkritik dia dan isterinya.
Saya amat menyesal
Menerusi Instagram Live semalam, Mahathir turut memohon maaf terhadap isteri, Penny Salman, keluarga dan juga anak-anak.
Saya amat menyesal atas apa yang terjadi. Kita semua manusia yang tidak lari dari buat kesilapan jadi saya memohon maaf kepada isteri saya, keluarga dan juga anak-anak.
Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga saya. Terima kasih juga yang mendoakan baik-baik kepada saya. Bukan semua komen diterima itu negatif, banyak juga yang positif. Syukur alhamdulillah. Saya sekali lagi berterima kasih kepada yang prihatin dengan saya.
Sementara itu, Mahathir turut berpesan kepada netizen yang meninggalkan komen melampau supaya tidak melebihi batas.
Satu nasihat saya kepada netizen-netizen yang meninggalkan komen terlalu keras, saya mendoakan kesejahteraan anda semua. Tetapi jika anda melampaui batas, saya tidak teragak-agak untuk membuat sesuatu. Sekarang, saya dan juga pihak guaman sedang review komen yang sangat keras di ruangan Instagram (IG) saya dan isteri.
Kepada sesiapa sahaja yang direct message (DM) isteri saya, fitnah dan cerita yang telah dilemparkan itu telah mengeruhkan keadaan. Tahniah kerana telah berjaya melemparkan fitnah sebegitu rupa kepada saya dan keluarga
Dia turut tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mengeruhkan lagi keadaan.
Sumber : Astro Gempak, Mm_ash