berita

Culik Kucing Kerana Didapati Kotor, Wanita Ini Pulangkan Semula Setelah CCTV Penculikan Viral

August 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Di Twitter, sepupu kepada seorang pemilik seekor kucing peliharaan iaitu Qahshah kongsi video rakaman CCTV menyaksikan kucing peliharaan hilang akibat ‘diculik’ seorang wanita tidak dikenali.

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika waktu malam dimana perempuan tersebut datang mengambil kucing dengan menaiki sebuah kenderaan.

Atas bantuan pengguna Twitter

Menurut perkongsian info di laman Twitter tersebut, kejadian berlaku di rumah di kawasan Nong Chik Heights, Johor Bahru. Tweet dikongsi itu mendapat perhatian ramai yang membantu mencari suspek seperti dalam jelmaan di CCTV telah mendapat lebih 7.7ribu retweet.

Info kenderaan

Pengguna Twitter ini berjaya menemui info mengenai kenderaan yang dinaiki perempuan ‘misteri’ tersebut. Kenderaan berwarna putih jenis Toyota Yaris tersebut difahamkan adalah bukan milik suspek. Suspek telah menyewa kenderaan tersebut melalui aplikasi sewa kenderaan.

Bagaimanapun, pemilik kucing tersebut telah mendapatkan kerjasaman daripada pihak aplikasi sewa kenderaan tersebut untuk mengenalpasti peminjam kenderaan tersebut.

Dipulangkan semula

Suspek wanita tersebut bagaimanapun telah membuat keputusan untuk memulangkan semula kucing tersebut. Difahamkan dia hanya mengambil kucing tersebut dengan alasan ingin memandikannya setelah didapati keadaan kucing tersebut kotor. Suspek wanita tersebut telah memulangkan kucing itu melalui rakannya ke rumah setelah mengetahui berita ini viral di media sosial.

Sumber: Qahshah

SKIP THIS AD ×