Sebelum ini, tiada angin tiada ribut, nama pempengaruh Cupcake Aisyah menjadi bualan wargamaya media sosial. Mana taknya, Aisyah didakwa telah merampas bekas teman lelaki kepada seorang lagi pempengaruh terkenal yang juga merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona.
Artikel Berkaitan: Leona Trauma Kawan Baik Bercinta Dengan Ex Boyfriend, Netizen ‘Serang’ Pelakon Baharu, Cupcake Aisyah?
Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Sondol’ Bekas Teman Lelaki Leona, Ibu Tampil Pertahan Cupcake Aisyah – ‘Jangan Sampai Merangkak Di Padang Mahsyar’
Nafi jalin hubungan
Menerusi sebuah posting di Instagram, Aisyah akhirnya tampil membuka mulut dan menjawab segala dakwaan netizen. Menurut Aisyah, dia tidak pernah menjalin hubungan istimewa dengan lelaki tersebut.
Tambah Aisyah, mereka mula berkenalan sekitar awal tahun 2022. Sepanjang perkenalan tersebut, mereka bertiga menjadi kawan baik. Jelasnya lagi, mereka sering menyokong perniagaan masing-masing.
Ujar Aisyah, selepas pasangan itu berpisah, mereka datang berjumpa dengan dirinya.
Mereka datang jumpa saya, dan saya cuba menenangkan mereka sebagai seorang kawan. Saya cuba sebaik yang mungkin. Mungkin orang di luar sana boleh buat dakwaan di mana saya akan berpihak kepada satu belah sahaja. Hakikatnya tidak. Itu masalah peribadi mereka dan saya hormati mereka.
Terdahulu, ibu kepada Aisyah iaitu Sue Razip turut tampil membidas segelintir pihak yang dilihat melemparkan bermacam-macam tuduhan kepada anaknya itu.
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG) Story, Sue menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan penjelasan terlebih dahulu dan tidak mendengar cerita dari sebelah pihak.
Ibu kepada dua orang anak itu turut menafikan dakwaan mengatakan anaknya, Aisyah mempunyai hubungan istimewa bersama bekas teman lelaki kepada Leona.
Sumber: Cupcake Aisyah