Pempengaruh Cupcake Aisyah, akhirnya tampil membuka mulut dan menjawab segala dakwaan netizen berhubung kontroversi yang membabitkan dirinya.
Menurut Aisyah, dia tidak pernah menjalin hubungan istimewa dengan bekas teman lelaki kawannya.
Artikel Berkatan: Cupcake Aisyah Nafi Jalin Hubungan Dengan Bekas Teman Lelaki Leona
Artikel Berkaitan: Leona Trauma Kawan Baik Bercinta Dengan Ex Boyfriend, Netizen ‘Serang’ Pelakon Baharu, Cupcake Aisyah?
Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Sondol’ Bekas Teman Lelaki Leona, Ibu Tampil Pertahan Cupcake Aisyah – ‘Jangan Sampai Merangkak Di Padang Mahsyar’
Beli sendiri
Terbaru, Aisyah turut tampil memperjelaskan isu video jam tangan mewah yang dirakam olehnya. Ujar Aisyah, jam tangan tersebut dibeli dan dibayar olehnya sendiri. Tambah Aisyah, memiliki jam tangan berjenama mewah itu merupakan salah satu daripada ‘wishlist’ nya. Jelas Aisyah lagi, lelaki tersebut cuma membantunya untuk mendapatkan barang tersebut dan menghantarnya ke rumah.
Pada masa itu juga, saya dapat rasakan segelintir orang mula salah faham. Masa dia hantar barang itu ada keluarga saya di rumah. Korang boleh lihat dalam video.
Tidak ada niat lain melainkan saya tidak pernah memakai jam tangan mewah sebelum ini jadi saya rasa tidak salah untuk saya meminta tolong daripadanya.
Situasi ini berlaku setahun yang lalu dan atas kesalahan yang saya lakukan, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Leona. Saya minta maaf kerana ia melibatkan persahabatan kita dan saya berharap semua orang tidak akan memperkatakan tentang isu ini lagi.
Saya juga berharap saya dapat meneruskan kehidupan sebagai content creator dan akan sambung berehat sehingga diberitahu kelak.
Susulan daripada itu, Aisyah berharap netizen berhenti memburukkan nama keluarganya serta menyebar kebencian dalam media sosial.
Bahkan, Aisyah turut memohon maaf jika hal yang dilakukan melampaui batas, sekaligus umum akan berehat untuk seketika waktu.
Sumber: Cupcake Aiyah