Demi wang, manusia sanggup berbuat apa sahaja untuk mengecap hidup mewah. Walaupun kedengaran merepek, namun, satu berita yang melibatkan seorang jutawan muda yang kalah kes mahkamah gara-gara kondom digunanya ‘dicuri’ dan menjadi ‘modal’ kepada wanita untuk menikmati wang mudah.
Curi kondom ketika bersihkan bilik
Pekerja hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat menang kes pembiayaan anak terhadap seorang jutawan berusia 28 tahun yang tidak pernah ditidurinya. Ketika kejadian, wanita dikenali Jane mencuri kondom terpakai dari tong sampah bilik hotel lelaki tersebut.
Wanita itu kemudiannya memasukkan air mani yang tersisa dari kondom terbabit ke dalam kemaluannya dan berjaya hamil seorang anak lelaki yang kini berusia 4 tahun.
Ketika perbicaraan, Jane mengakui dia tidak pernah melakukan hubungan seksual dengan jutawan terbabit dan dia mengambil keputusan menghamilkan dirinya dengan menggunakan sperma pada kondom terpakai berkenaan.
Dia tinggalkan ‘kenyataan bank’ pada lampu bilik dalam hotelnya ketika saya sedang membuat pembersihan. Ketika itu saya rasa nak anak sangat, saya rasa lebih baik kalau saya ada anak kepada seorang lelaki kaya.
Bakal dikenakan tindakan tuduhan mencuri bendalir badan
Sumber: The Breaking Times