berita

‘Cutenya Dia!’ – Jabatan Perhilitan Selamatkan Anak Gajah Comel Sesat

July 16th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seekor anak gajah berjaya diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan negeri Johor melalui Unit Tangkapan Gajah (UTG) setelah mereka menerima maklumat dari orang awam. Anak gajah yang berkeliaran di Batu 7, Kota Tinggi-Mersing, Johor itu dipercayai telah terpisah dari kawanan yang lain.

Berada dalam keadaan sihat & cergas

Anak gajah tersebut disahkan berada dalam keadaan yang sihat dan cergas setelah melalui pemeriksaan kesihatan oleh pihak Perhilitan. Bagi tujuan pemulihan, ia telah dihantar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang.

Melalui akaun laman Twitter jabatan tersebut, mereka memaklumkan operasi menyelamat si cilik tersebut dilakukan pada Selasa lepas tepat pada pukul 6 petang oleh jabatan tersebut.

Ucapan terima kasih diberikan

Jabatan Perhilitan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dengan kejadian tersebut. Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen turut mendoakan kesihatan anak gajah tersebut.

Menurut jabatan itu lagi, bagi mereka yang ingin membuat aduan berkaitan hidupan liar boleh menghubungi talian hotline di 1-800-88-5151.

Membesar dengan sihat dan kuat

Glad baby’s safe

Moga sihat selalu

Sumber : Jabatan Perhilitan

SKIP THIS AD ×