Baru-baru ini, anak kepada pelakon, Lufya iaitu Laana Haura menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-5. Berikutan daripada itu, Lufya telah memuat naik beberapa foto dan kapsyen istimewa buat anaknya di Instagram. Tidak ketinggalan, bekas suaminya iaitu Dr Che Hafiz turut menitipkan doa yang baik-baik buat anaknya itu.
Artikel berkaitan: Tidak Perlu Balas Kenyataan Bekas Suami, Lufya Ikut Nasihat Peguam
Artikel berkaitan: Dituduh Masuk Campur Isu Nafkah Anak, Bakal Isteri Dr Che Hafiz Buka Mulut – ‘Saya Dihina, Dimaki’
Semuanya akan kembali okay
Di Instagram Story, Dr Che Hafiz dipercayai membawa anak perempuanya itu keluar membeli belah selepas pulang dari sekolah. Menerusi perkongsian tersebut, Dr Hafiz turut membawa ibunya bersama. Kelihatan Haura sangat gembira tatkala keluar bersama nenek dan ayahnya.
Lebih mencuri tumpuan, Dr Hafiz turut menitipkan doa agar anaknya itu berada dalam keadaan yang baik. Tambah Dr Hafiz, dia berharap semua yang berlaku akan kembali okay. Sebelum ini, isu nafkah Haura hangat diperkatakan di media sosial. Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh Lufya mahupun Dr Hafiz sendiri berhubung isu berkenaan. Bukan itu sahaja, bakal isteri Dr Hafiz iaitu Julia turut dikaitkan dalam isu tersebut.
Sumber: Dr Che Hafiz