Pelakon, Julia Farhana tampil bersuara berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas isteri tunangnya iaitu Lufya. Menurut Julia, memandangkan isu yang berlaku sudah sampai ke pihak media, dia mengambil langkah untuk bercakap bagi pihak dirinya sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Masuk Campur Isu Nafkah Anak’ – Lufya Omar Tegur Kekasih Bekas Suami
Artikel Berkaitan: Dr Hafiz Anggap Lufya Omar Sudah Melampau, Sedar Tanggungjawab Kena Bagi Nafkah Anak – ‘Jangan Libatkan Bakal Isteri Saya’
Bila dah kahwin terkeluar juga saya siapa
Ujar Julia, dia tidak pernah menuduh dan bercakap mengenai pengintip (spy) seperti yang dibicarakan oleh Lufya baru-baru ini, dalam satu sesi temubual. Tambahnya, dia tidak berniat untuk membawa isu yang berlaku kepada umum meskipun mereka mempunyai ‘mutual friend’ di media sosial. Berbicara soal membuat laporan polis, Julia berkata dia tidak pernah berkongsi kepada sesiapa mengenai hal itu. Apatah lagi, bergosip mengenai Lufya.
My isu I settle dengan orang yang berkenaan. Tak libatkan orang lain. Sebab itu saya ambil inisiatif untuk mendekatinya apabila mutual friend kami hantar mesej buruk yang melibatkan Dr Che Hafiz. Dia yang mulakan isu nafkah. Niat saya nak betulkan fitnah dan gosip yang dia dengar. Contoh, saya dan bakal suami dah beli rumah dan macam-macam gosip lain. Tapi apabila dia bangkitkan isu nafkah, saya turut serta dalam perbualan tersebut.
Jelas pelakon ‘Teksi Love’ itu lagi, selama ini dia seorang yang sangat bertimbang rasa sehingga dia sendiri mendengar banyak pembohongan.
Belah saya dengar cerita lain, belah tunang dengar cerita lain pula. Saya dihina, dimaki. Saya diam.
Sebelum ini, Lufyah Sheikh Omar menegaskan kekasih bekas suaminya itu tidak seharusnya masuk campur dalam urusan nafkah kerana dia orang luar. Kata Lufya lagi, dia dituduh telah memasang pengintip (spy) untuk mengawasi gerak geri Julia.
Sumber: Julia Farhana