berita

Dafi Jadi Tempat Aduan Rakyat, Luah Masalah Krisis Makanan – ‘Cuba Tanya Ayah Apa Plan Negara Sekarang ..’

May 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Status sebagai anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri membuatkan penyanyi Dafi sentiasa menjadi target rakyat Malaysia untuk mengadu nasib.

Artikel Berkaitan: Dafi Yakin ‘Papa’ Mampu Galas Tanggungjawab Dengan Baik – ‘Dia Tak Nak Lihat Orang Lagi Susah’

Bro cuba

@dafiismailsabri Bro cuba .. #waitaminute ? Wait A Minute! (Duckhead Edit) – Duckhead Dj Kasur

Bukti jelas kelihatan di ruangan video TikTok Dafi, baru-baru ini. Pemilik nama Gadaffi Ismail ada memuat naik rakaman video menari dengan berlatar lagu Wait A Minute! nyanyian asal Willow Smith.

Dengan kaspyen ringkas, pelakon berumur 33 tahun ini menyatakan dia cuba mengikut trend yang sedang hits.

Mengadu nasib rakyat

Bagamanapun, rata-rata warganet seakan tidak menghiraukan tarian itu apabila memilih untuk menjadikan ruangan komen sebagai kaunter pertanyaan.

Hasil pemerhatian OhBulan!, netizen menjadikan pelantun lagu Bila Terasa Rindu sebagai pengantara untuk menyampaikan luahan dan masalah rakyat kepada bapanya.

Dafi cuba bincang dengan bapa, untuk majukan ekonomi negara. Terima kasih.

Dafi cuba tanya ayah apa plan negara sekarang untuk menghadapi krisis makanan ini?

Bincang dengan bapa Dafi, tentang kenaikan harga barang okey. Makin melampau, harga makin tak terkawal.

Dafi tahu tak harga barangan asas makin naik?

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 3400 komen sehingga artikel ini ditulis.

Sumber: TikTok @dafiismailsabri

SKIP THIS AD ×