berita

Dafi Terkilan Lagu Tak Diputarkan Di Radio?

June 4th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Elite-By-Dashing-Behind-The-Scenes-15

Ingat lagi tak penyanyi yang pernah popular dengan tagline ‘Baik punya’? Siapa lagi kalau bukan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia iaitu Dafi.

Lama sangat rasanya tak dengar perkembangan Dafi ini kan? Yang ada cuma kelantangannya bersuara dek kerana rimas dengan perniagaan online di laman Instagram.

Tapi, diam tak diam, rupanya Dafi bukanlah menghilang, sebaliknya, single terbarunya yang jarang diputarkan di corong-corong radio. Dengar cerita Dafi terkilan dengan stesen radio yang tak putarkan lagunya. Betul ke?

Dafi

Semalam sempat juga kami bertemu Dafi di Majlis Pelancaran “Vanquish” KO Skin Centre dan bertanyakan perkara ini. Kalau nak tahu, Dafi mengakui ada antara lagunya tidak dimainkan di stesen radio atas alasan tidak menepati piawaian.

Saya tak tahu kenapa lagu saya tak dimainkan, Orang selalu kata lagu tak menepati piawaian, mungkin tak sedap ke apa tapi orang yang buat lagu tersebut professional.

Saya tak terasa, tetapi saya mengharapkan lagu saya dimainkan. Namun, Alhamdulillah, single kedua kali ini ada keluar di radio, jadi sekurang-kurangnya fan yang tunggu tu gembiralah.

Dek kerana lagu tak diputarkan, pernah terbit di sudut hati anak muda ini bahawa popularitinya yang tidak menepati piawaian.

Ada juga rasa populariti saya tak capai piawaian, mungkin saya punya ‘aircond’ tak cukup kuat ke, tapi saya rasa saya hanya jadi diri saya sendiri, saya baik dengan semua orang. Jadi, bila mereka tak mainkan, saya just keep trying la..buat lagu baru semula.

Kemunculan single keduanya iaitu ‘Dalam Hati Ini’ etul-betul membuatkan Dafi teruja, kerana ia sudah pun memasuki carta.

Haaa, korang jangan tak tahu pulak, lagu ini pun bukan calang-calang punya lagu, ia sudah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Crystal Stars Music Fest di Romania tahun lalu.

Apapun, tak mengapalah Dafi, dalam hidup ni ada naik turun, tak gitu? Apapun, kami ucapkan semoga berjaya buat Dafi. Kepada peminat Dafi, jom dapatkan album baru #D4F1 di pasaran.

SKIP THIS AD ×