berita

Dah 2014, Tapi AF Masih Tayang Drama Air Mata. Gimik Tarik Undi Lagi Ke?

September 11th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-09-11 at 12.29.08 PM

Bila bercakap mengenai Akademi Fantasia (AF), program realiti ini seolah-olah dah sinonim dengan pelbagai kejutan. Tengok sajalah kejutan yang diberikan pada #AF2014 kali ni.

Iyalah, baru saja bermula konsert pertama minggu lalu, pelbagai kejutan dibuat. Yang paling menjadi apabila gimik mereka menukar pengacara daripada Jihan Muse kepada Faizal Ismail. Memang membuat kami melopong.

Tapi, yang tak bestnya, drama air mata pun mula ditayangkan. Adoi! Bukan di konsert pertama sahaja, kalau korang perasan, dalam diari AF minggu kedua pun banyak drama-drama sebabak ni.

Screen Shot 2014-09-11 at 12.28.20 PM

Kadang-kadang iols pun pelik. Mengapa nak hidangkan masyarakat dengan drama-drama sebegini lagi? Rasanya masyarakat sendiri sudah lali dengan benda-benda sebegini.

Kalau dah disogok dengan adegan air mata saja, memang nanti undi kasihan sajalah yang diterima. Ingat lagi tak kisah sedih pelajar AF yang lepas-lepas? Sampaikan ada yang undian terus mencanak-canak naik uols!

Berbalik pada pelajar AF2014 kali ni, tak dinafikan, bila berjauhan dengan keluarga pasti hati akan menjadi rindu kan. Iya, kami faham perasaan itu, tetapi, bukankah lebih baik kalau beri penonton lihat progress pelajar dalam akademi. Betul tak?

1623739_746222862116840_5396713567824826608_n

Korang rasa macam mana, nak tengok perkembangan pelajar ke nak tahu cerita sedih mereka? Jom bincangkan ramai-ramai. Mana tau pendapat korang akan dipertimbangkan. Hehe.

Lagi satu, wah..kami lihat seronok betul pelajar-pelajar ni bila dapat iPad sorang satu. Ada yang dapat-dapat je terus selfie. Hehehe.

Baguslah begitu, walaupun tak dibekalkan dengan internet, sekurang-kurangnya mereka boleh tulis diari dan progress diri sendiri dalam ipad tu nanti.

Apapun, konsert minggu kedua tinggal beberapa hari je lagi. Agaknya siapa yang bakal menyinar di konsert tu nanti. Dapatkah Nuha mengekalkan title ‘pelajar terbaik’ seperti konsert yang lepas? Sama-sama kita tunggu dan lihat ya!

SKIP THIS AD ×