Kerjaya yang menggunakan kemahiran seperti jurugambar dan pereka grafik sering kali timbul isu di mana kadar pembayaran yang tidak sewajarnya kerana terlalu rendah. Kemahiran yang diperoleh untuk menghasilkan sesuatu yang menarik hati pelanggan bukannya mudah. Banyak penelitian dan juga kemahiran diterapkan dalam satu-satu masa. Jadi, upah bayaran perlulah setimpal dengan hasil titik peluh mereka.
Menerusi Twitter Azma Redzal berkongsi perbualannya di DM Instagram yang memintanya untuk bekerja secara percuma sebagai jurugambar butik pakaian yang beranggapan bahawa dia hanya menggunakan kemahirannya sahaja.
Orang pandang rendah pada kerjaya ini
Menerusi perbualan tersebut, rakannya menyatakan hasrat seseorang yang ingin mencari seorang jurugambar yang boleh mengambil gambar baju-baju di butik tanpa sebarang bayaran. Dia meluahkan rasa kecewa terhadap rakannya itu kerana kerjayanya bukan hanya terletak pada kemahiran sahaja namun termasuk juga dengan kos membeli kamera dan lain-lain.
Kamera mempunyai jangka hayat
Dia berasa sangat kecewa kerana pelangganya itu tidak mengambil kira kos dia untuk ke lokasi serta mengambil gambar tanpa henti selama dua hingga tiga jam tanpa henti. Selain itu, dia turut mengatakan proses edit gambar memakan masa yang lama dan menguji ketahanan mental.
Dia turut berkata, jangka hayat sesebuah kamera itu bergantung kepada berapa jumlah shot yang telah diambil. Setiap kali shot diambil, jangka hayat sesebuah kamera akan menurun. Oleh sebab itu, kos untuk membeli sebuah kamera perlu diambil kira.
Jangan mengambil kesempatan terhadap minat seseorang
Sesetengah orang menjadikan kerjaya ini sebagai hobi namun ianya tidak bermaksud mana-mana individu atau syarikat boleh mengambil kesempatan terhadapnya. Setiap hasil mempunyai nilainya yang tersendiri. Jurugambar juga mempunyai keluarga untuk disara.
Sumber: Azma Redzal