Seorang lelaki memilih untuk menyelamatkan alam dengan cara tidak lagi menggunakan tisu untuk mencuci najisnya sejak lima tahun yang lalu.
Artikel Berkaitan: Kementerian Alam Sekitar & Air ‘Cari’ Remaja Buang Buku Dalam Sungai
Lebih suka guna daun
Memetik laporan portal Metro, lelaki yang dikenali sebagai Robin Greenfield, 36, itu lebih suka untuk membersihkan najisnya dengan menggunakan daun bunga taji biru yang menurutnya mempunyai saiz dan tekstur yang lebih sesuai berbanding tisu tandas.
Difahamkan, Robin mula berhenti untuk menggunakan kain lap serta tisu tandas pada tahun 2013 yang lalu dan mula menggantikan penggunaan tisu tandas dengan sisa kain dan juga sisa tisu.
Sehinggalah dia menyedari bahawa adalah lebih baik untuk menggunakan daun bunga taji biru untuk membersihkan najis kerana ia adalah pengganti yang lebih hijau dan mesra alam sekitar.
Robin turut berharap agar inisiatif yang dilakukannya ini dapat dicuba dan diamalkan oleh orang awam yang lain kerana penggunaan tisu tandas hanya akan mengakibatkan lebih banyak aktiviti penebangan hutan akan dilakukan.
Bahkan, ia juga melibatkan penggunaan bahan api pengangkutan yang banyak serta menggugat alam sekitar.
Dalam pada itu, kelab pencinta alam sekitar yang terletak di Asheville, North Carolina, Amerika Syarikat turut memuji inisiatif ini dan menganggap Robin telah berjaya menjimatkan beribu-ribu dolar Amerika Syarikat.
Untuk info, daun bunga taji biru ini merupakan satu tumbuhan yang berasal dari Afrika dan Asia Selatan dan mempunyai saiz sebesar sekeping tisu tandas serta mempunyai tekstur yang lembut.
Sumber: Metro